Today i'm working on evening shift...sebab arini kan cuti hujung
Jadi sempatlah jugak aku baca paper n bebelog kn..Mm aku tertarik ngan rencana yang ditulis oleh Prof Madya Datuk Dr. Mohd Asri kt dalam sinar harian yang aku baca kejap tadi..
Mari aku kongcikn bbrpa ayat yang menarik hati aku ni..
sharing is caring kn..:)
`Rahsia insan'
~Insan yang baik ialah insan yang hubungannya dengan ALLAH sangat indah, melebihi apa yang disangka oleh manusia. Sesiapa yang baik hubungannya dengan ALLAH, maka ALLAH akan membaiki urusannya. Namun dalam pergaulan sesama insan, kita tidak disuruh oleh Islam untuk mencari rahsia peribadi orang lain. Bahkan kita diharamkan menyingkap keaiban yang disembunyikan oleh seseorang. Kita menilai manusia apa yang zahir sahaja. Adapun urusan batinnya, itu antara dia dengan ALLAH. Batin yang baik akan melahirkan akhlak yang baik. Namun tidak dinafikan, ada batin yang jahat, tetapi berpura-pura baik pada zahirnya. Adapun kita hanya mampu menilai yang zahir, urusan rahsia batin seseorang akan dinilai oleh Tuhan. Justeru, kita berdoa agar batin dan zahir kita, kesemuanya dinilai baik disisi Tuhan. ALLAH Maha Mengetahui yang nyata dan tersembunyi.~
:')
Wallahualam..
sukakan artikel ini...sharing is caring...
ReplyDelete