Monday, 2 January 2012

Di Sini Ikhlas Bermula..

Ada pepatah mengatakan..
"Keikhlasan itu sangat sukar di lihat. Ia umpama seekor semut hitam 
di atas batu hitam di malam yang kelam."
Ikhlas sebenarnya seperti hujan yang turun di atas gersangnya tanah yang kekeringan. Ikhlas merupakan sebuah perjuangan hati yang bukannya mudah. Ikhlas dapat menjadikan seorang manusia itu tetap kuat pada saat hujan dan badai ujian hidup datang melanda. 


Mungkin kita pernah memberikan sesuatu kepada sahabat mahupun orang yang terdekat dengan kita. Mungkin apa yang diberikan itu mungkin harta kesayangan,atau pertolongan yang melibatkan tenaga kita. Dan setelah memberinya, kita tidak lagi terkenang-kenang ataupun mengharapkan apa-apa balasan atau imbuhan yang setimpal dengannya. Disaat kita dapat melupakan dan melepaskan sumbangan yang pernah kita berikan itu dengan hati yang rela,maka di situlah ikhlas bermula....


Banyak amal yang tidak diterima kerana dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas. Ikhlas umpama kunci bagi setiap perbuatan kita,malah amalan yang kecil menjadi lebih besar di sisi Allah jika kita melalukannya dengan ikhlas. 


Ramai manusia yang masih mencari-cari kekuatan di saat dirinya lemah dan goyah. Sebenarnya keikhlasan dapat memberikan kuasa dan kekuatan yang sangat dasyat. Dengan keikhlasan insyaAllah kita akan menjalani setiap dugaan hidup dengan penuh redha..


Letakkan ikhlas pada tempatnya, ikhlas menerima kritikan kerana daripada kegagalan membuatkan kita akan lebih berusaha menjadi yang terbaik dan lebih hebat daripada yang lain..


Sama2 kita berusaha...
insyaAllah..chaiyok2x..! :)




No comments:

Post a Comment