Friday, 10 February 2012

perlu ke fake?


Semalam aku menghadiri majlis perhimpunan penyayang peringkat kesihatan daerah Kuala Krai. Dianjurkan oleh hospital, dan turut terlibat sama pergigian daerah, serta pejabat kesihatan daerah Kuala Krai bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis ini sebenarnya lebih kepada sesi bersuai kenal secara rasmi dengan pengarah baru JKNK, iaitu Dato' Dr. Hjh Nordiyanah yang juga merupakan pengarah aku dulu masa bertugas di JKNT..beliau ditukarkan ke kelantan selepas mendapat gelaran  Dato' dan menggantikan pengarah lama JKNK yang telah bersara.

Majlis bermula seawal jam8.00 pagi bermula dengan pendaftaran sehingga jam12.00 tengah hari. Bermula dari hospital sehingga ke dewan Ibnu Sina, aku  menyaksikan beberapa 'fake' yang membuatkan aku rasa menyampah dan lucu pula melihatkan gelagat mereka semua.

Kalaulah majlis bersama pengarah ini tidak diadakan..pasti hospital dan pihak radicare x akan jadi sebagus dan serajin hari semalam.kan..?eheehee..sampaikan awl pagi jam7 pun sudah ada leader radicare yang menyapu sampah depan kecemasan dan kaunter khidmat pelanggan.wow..then jam7.40 pagi pun dah dengar arahan untuk cleaner2 lain supaya pastikan semua tandas di hospital adalah bersih. X hairan lah hari ni bila aku masuk tandas, rasa puas hati sebab memang bersih. Kalau hari biasa..mm harap jer ada radicare, tapi tisu tandas pun jarang sekali ada.Tandas pulak kotor macam xade cleaner.Buat rugi jer pihak hospital bayar mahal untuk pkhidmatan diorang tp services hampeh je..tgk ajelah tandas di klinik pakar bawah 2..bukankah setiap hari pun mereka perlu pastikan kebersihan di hospital ni sebab itu adalah satu2 nya tugas mereka?

Di dewan pula ada  pula ceritanya..aku ke cana seawal jam7.50 pagi dan msh x ramai lagi orang masa tu..dan waktu tu pihak radicare (cleaner,leader cleaner ngan bos dorg yg pakai baju hijau ) sedang bersihkan bilik rehat vip ngan toilet vip kt depan 2..aiyoo baru pagi ni nk kemas ke..

Then jam8 lbeh pendaftaran bermula..masa tu aku ternmpak seorng yg plg penting kt hosp ni..tengah kunyah gula2 getah alaa chewy gum tu(eh tul ke aku eja ni?)..ok mgkin die nk fresh kn mulot pagi2 ni kot..oww ok..bila smua da msuk dewan pun dia still kunyah lg..leps da sesi ceramah dan amanat dr Dato' Pengarah ..kul11.30 stat sesi bersalam pula..tp aku tengok dia msh kunyah lg..rupan2nya staff2 kat depan pun ckp benda yg sama. Maksudnya bukan aku ngan akak kat sebelah aku jelaa yang perasan bnda 2.


Kenapa dalam majlis rasmi mcm ni die x benti2 dok kunyah chewy gum?klo kunyah slow2 orang x perasan lain la citer ye x, tp ni kunyah dengan mulut luas kot..hoho pastu mcm over excited jer, dan pelik perangai die..masa sesi bersalaman,dan waktu dia sampaikan cenderahati kt Dato' Pengarah pun msh dia kunyah jgk chewy gum sambil pegang hadiah dan salam ngan Dato' Pengarah. 

X mungkin lah Dato' Dr Nordiyanah tu x perasan kan..budi perkerti mereka jauh sekali berbeza..mm pelik, seorang Pengarah sebuah hosp kerajaan menghadiri majlis bersama Dato' Pengarah Kesihatan Negeri dalam majlis formal tapi mulut pula x berhenti kunyah chewy gum..sangat x sopan dan bukan nilai murni. Ataukah itu satu trick untuk menghilangkan nervous ? ntahlaa..i dunt think so..Aku sebenarnya bukannya nk menyibuk kan,umm cuma pndapat peribadi aku semata2 sbb sakit mata tengok pemandangan yang x indah macam tu..:x Beriya Dato' Pengarah bagi amanat tentang nilai2 yg baik dan murni yang harus kami sebagai penjawat awam amalkan..dan aku pn tulis note2 untuk ingatan diri sendiri..tapi yang duduk kt kerusi Vip sndiri berkelakuan memalukan..pasti lah Dato' pun xsenang tengok dia mcm tu kn..ramai mata yang memandang kot..
mmm mcm2 kn..


Alangkah bagus kalau lepas2 ni, andainya diorang nk datang melawat lagi, x payah bagitau kat kami di hospital ni...:) datang jer tewos..buat lawatan mengejut..wat macam surpise tu..serius..then baru laa akan nampak situasi yang sebenar kat tempat ni kn.. itu baru jelas..

hohoho...peace..;p!

No comments:

Post a Comment